Thursday, January 22, 2009

Berdikari Anak Serai?


Pada peringkat awal anak-anak serai perlulah dijaga dengan teliti. Memang ramai yang mengatakan tanam serai ini mudah ditanam dan dijaga tidak perlu siram banyak air tapi bagi saya tumbuhan tetap tumbuhan juga. Ia sama juga dengan tanaman yang lain.Ada yang mengatakan selepas tanam anak serai perlulah disiram dalam tempoh seminggu sahaja dan selepas itu ia boleh berdikari sendiri. Memandangkan sekarang adalah musim kemarau (dah lama tak hujan) setiap hari serai-serai ini perlu disiram agar sihat dan segar. Dengan keadaan cuaca ini dan kawasan berbukit serai-serai pada saya ini hampir sebulan disiram dengan air.




Anak-anak serai ini perlu disiram pada sebelah awal pagi (matahari cepat terbit sekarang) dan sebelah petang pula tidak(sebab tanah pada ketika itu panas dan maghrib cepat). Air disiram sehingga bertakung pada pangkal serai untuk memastikan air tersebut dapat meresap hingga ke akar. Jika siram dengan sedikit air tidak akan sampai akar hanya sekadar permukaan tanah saja. Kalau tidak percaya gali lubang sedikit pasti bawah tanah tersebut kering. Sia-sia saja siram,tiup dek angin kuat habis semua kering.

Merumput perlu juga dilakukan untuk memastikan tapak tanaman kelihatan bersih pada peringkat awal ini. Ia dilakukan untuk memastikan serai dapat membesar dengan cepat. Rumput-rampai yang menjalar boleh mematikan anak serai. Lama kelamaan bila serai membesar merumput tidak perlu dilakukan lagi kerana rumput rampai tidak boleh tumbuh. Tanah di bawah ditutup oleh daun serai.






4 comments: