Friday, November 11, 2011

Tuaian Serai Kampung Pada Usia 11 Bulan


Sudah tiba masanya kembali serai kampung saya dituai pada bulan 11 ini.Mengikut kiraan kali terakhir serai kampung ini ditanam pada bulan satu yang lepas.Serai kampung yang ditanam ditanah gerewel ini menampakkan hasil yang membanggakan kerana ia kelihatan gemuk-gemuk yang menunjukkan ia betul-betul matang.Jika lambat sedikit boleh menyebabkan serai kampung ini akan tumbuh anak serai yang baru.Ini boleh mengakibatkan kualiti serai pada batang akan menjadi susut dan lembik.

Jika mengikut kiraan basic tuaian,serai kampung ini boleh dituai bila mencecah usia 6 bulan tetapi hasilnya batangnya masih kecil-kecil.Mungkin ia disebabkan serai kampung ini ditanam pada tanah gerewel.Tak pastilah pula bagaimana ia ditanam pada tanah gambut.Maka pada kiraan saya dalam tempoh 11 bulan adalah masa yang terbaik untuk melihat atau mendapat serai kampung yang mempunyai batang yang cantik.Bagi pelanggan saya seperti kedai makan ala-ala thai lebih berminat menggunakan serai kampung berbanding serai lain seperti serai buluh,jamil dan peha ayam kerana ia akan membuat makanan ala thai lebih merasa sedap dan wangi.Batang serai pula haruslah keras untuk membolehkan mudah pecah bila diketuk.

Oleh pada bulan sebelas ini pula ditambah lagi musim hujan memudahkan lagi tanam semula kerana tak perlu siram dan anak serai atau benih mudah hidup dengan cepat.


Saturday, October 15, 2011

Musim Tuai

Salam semua.sudah hampir lama saya tidak 'update' blog wangi-wangi serai kampung ini kerana sibuk menumpukan pada blog penternakan ayam kampung.Sekian lama menunggu untuk membesar,ini lah masanya untuk dituai serai-serai kampung tersebut.Jika sesiapa ingin membeli atau mengguna serai hubungi saya pada talian : 012-6256144 lokasi Durian Tunggal,Melaka.Jangan tunggu lama-lama hubungi saya selagi stok masih lagi mencukupi :-)

Friday, January 21, 2011

Musim Sejuk Kering

Masuk pertengahan bulan januari ini adalah masa yang mencabar bagi saya seorang petani serai apabila cuaca sekarang merupakan sejuk kering di mana hujan sudah tidak turun di kawasan saya ini hampir tiga minggu.Setiap hari benih pokok serai perlu disiram untuk memastikan serai sentiasa segar dan mampu terus hidup.Ini kerana musim sejuk kering menyebabkan tanah kering dengan cepat disebabkan panas terik dan tiupan angin yang kuat.

Jika hari ini menyiram air pada serai pasti pada keesokan harinya pasti tanah sudah kering.Inilah nasib pada setiap petani serai macam saya ini.Aktiviti penyiraman air pada benih atau induk serai hanya boleh dilakukan pada waktu pagi saja kerana waktu itu cuaca pada permulaan agak dingin sesuai untuk apa jua pokok-pokok yang ditanam.Jika disiram pada waktu petang mungkin akan mengundang risiko kerana tanah pada sebelumnya sudah panas dan bahang boleh menjejaskan pada pokok itu.

Oleh itu marilah kita memohon pada ilahi agar diturunkan hujan agar sejuk dan subur tanah di mukabumi ini.

Saturday, January 8, 2011

Tanam semula


Setelah lama menyepi kini muncul kembali cerita tentang serai ini walaupun cerita ia berulang tetapi mungkin ia bermakna untuk peminat setia serai kampong.Baru-baru ini serai telah mula ditanam semula kerana telah mencapai umur matang dan wajib dituai…

Tempoh yang sesuai untuk dituai adalah 6 bulan hingga 8 bulan.Jika serai tidak dituai apabila hampir tempoh matang daun ditengah-tengah mulai keperangan atau coklat menunjukan ia sudah tua,mula dijangkiti penyakit akhirnya batang serai akan menjadi lembik. Biasanya batang serai yang lembik tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana ia sukar ‘diketuk’ dan hilang bau nya. Perkara ini harus dititik berat supaya para petani tidak mengalami kerugian setelah lama mengerah keringat dan wang.

Sisa sampah seperti lebihan daun-daun serai dikumpulkan pada satu tempat dan dibakar untuk menghasilkan baja bakau untuk menjadikan tanah lebih subur mengurangkan kadar penyakit pada tanah. Benih-benih baru ditanam semula perlu disiram selama seminggu untuk memastikan tunas baru tumbuh yang menunjukkan ia boleh hidup dan disiram baja daun selepas itu.