Saturday, February 28, 2009

Air Siraman Pun Main Peranan

Tanaman serai bukan lah semudah yang disangkakan jika ia tidak mendapat air. Serai juga memerlukan air seperti tanaman lain. Oleh itu ia perlu disiram lebih-lebih lagi waktu musim kemarau. Serai juga seperti tanaman lain tidak boleh kekurangan air. Jika tidak ia akan terbantut dan boleh menyebabkan mati. Walaupun serai disiram setiap hari ia belum menjanjikan ia boleh membesar dengan subur lebih-lebih lagi tanah berbukit dan berbatu. Alhamdulillah masuk penghujung bulan februari ni sudah mula tanda-tanda musim hujan sudah mula turun tetapi tidak tahu sampai bila.

Air yang digunakan untuk siraman pokok serai menggunakan air parit atau paip belum tentu ia boleh ia membesar dengan cepat tetapi dengan khasiat hujan serai menjadi segar dan tidak layu. Di sini kos air sudah dikurangkan berbanding musim kemarau. Kenalah bebanyak berdoa.





Thursday, February 5, 2009

Akibat Gangguan

Oleh kerana serai ini ditanam sekitar tempat ayam bermain maka risiko untuk serai ini hidup adalah tinggi. Ini kerana ayam akan mengais untuk mencari makanan terutama sekali anai-anai yang suka pada serai. Kadang- kadang ayam-ayam ini mengais di pangkal serai untuk mandi tanah. Oleh itu dinasihatkan kalau hendak menanam serai jauhilah dari reban dan tempat diberi makan.


Rajah di atas menunjukkan kesan akibat serai ini mati setelah dikais



Rajah di atas menunjukkan kesan selepas kawasan tersebut dikais walaupun serai itu telah dihadang dengan batu




Wednesday, February 4, 2009

Ancaman Utama

Bagi penanaman semula atau peringkat awal penanaman merupakan sedikit cabaran yang perlu dititik beratkan kerana anak-anak serai ni belum dalam keadaan hidup maksudnya tunasnya belum tumbuh dan akarnya belum berjalan. Jadi pekara yang tidak diingini perlulah dielak seperti terlanggar atau tercabut.


Menanam di kawasan rumah lebih leceh dari kawasan terpencil kerana ia adalah laluan bagi haiwan peliharaan seperti kucing dan ayam. Kebiasaan kucing suka ditempat yang baru digali kerana mudah baginya untuk membuang najisnya dan suka bermain-main di kawasan berdaun atau tempat terlindung. Ayam juga suka tempat yang baru digali kerana bagi nya di situ adalah tempat mudah untuk mencari makanan. Adalah amat pantang jika ayam mengais anak serai kerana kuku ayam memang bisa bagi serai yang membolehkan ia mati. Oleh itu batu-batu diletakkan di sekeliling anak-anak serai bagi menyukarkan ayam untuk mengais.