Friday, January 23, 2009

Anak Serai perlu Di jaga.


Setelah serai ditanam selama satu bulan, ia perlu dibaja di keliling batang serai itu. Dua camca untuk sebatang. Baja ditaburkan di sekeliling batang serai selepas disiram dengan air. Ini dilakukan supaya baja yang ditabur tadi dapat serap ke tanah dan sukar hilang bila ditiup angin. Kerja-kerja ini dilakukan lebih baik lagi jika kita gemburkan tanah terlebih dahulu. Pastikan tanah digemburkan dengan cangkul mata tiga secara berhati-hati untuk mengelakkan serai yang baru ditanam tercabut.


8 comments:

  1. 'dua camca sebatang' apa tu x paham la

    ReplyDelete
  2. dua camca sudu.kalau satu lubang ade 4 btg.kali lah dgn 4.

    ReplyDelete
  3. Tanam serai....idea yang bagus. Saya pun suka main tanam...tanam.

    Bagaimana saudara hendak memasarkannya?

    Best regards
    lai

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Lai...tanam serai ini perlulah tanam dengan banyak jika mahu keuntungan yang memberansangkan.Tentang serai mempunyai pasaran yang meluas.Saya hanya jual di kedai makan saja kerana hanya mempunyai jumlah serai yang kecil...Jika pakai organik bagus untuk suburkan tanah.kalau pakai baja kimia, cari baja NPK untuk pembesaran.semak nilai N lebih besar daripada P dan K.Contoh nisbah 13:3:4.Selamat Mencuba!!!

    ReplyDelete
  5. macam mana dengan cuaca panas dan hujan tidak menentu.adakah ia memudahkan dan menyuburkan tanaman serai

    ReplyDelete
  6. amat digalakkan menanam serai adalah pada musim hujan kerana memudahkan menggali dan dapat mengurangkan kos.kalau kurang hujan pun boleh tetapi sakit-sakit badan,bil air meningkat apabila selalu guna.itu pun kurang membantu pembesaran.

    ReplyDelete