Friday, January 21, 2011
Musim Sejuk Kering
Jika hari ini menyiram air pada serai pasti pada keesokan harinya pasti tanah sudah kering.Inilah nasib pada setiap petani serai macam saya ini.Aktiviti penyiraman air pada benih atau induk serai hanya boleh dilakukan pada waktu pagi saja kerana waktu itu cuaca pada permulaan agak dingin sesuai untuk apa jua pokok-pokok yang ditanam.Jika disiram pada waktu petang mungkin akan mengundang risiko kerana tanah pada sebelumnya sudah panas dan bahang boleh menjejaskan pada pokok itu.
Oleh itu marilah kita memohon pada ilahi agar diturunkan hujan agar sejuk dan subur tanah di mukabumi ini.
Saturday, January 8, 2011
Tanam semula

Setelah lama menyepi kini muncul kembali cerita tentang serai ini walaupun cerita ia berulang tetapi mungkin ia bermakna untuk peminat setia serai kampong.Baru-baru ini serai telah mula ditanam semula kerana telah mencapai umur matang dan wajib dituai…
Tempoh yang sesuai untuk dituai adalah 6 bulan hingga 8 bulan.Jika serai tidak dituai apabila hampir tempoh matang daun ditengah-tengah mulai keperangan atau coklat menunjukan ia sudah tua,mula dijangkiti penyakit akhirnya batang serai akan menjadi lembik. Biasanya batang serai yang lembik tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana ia sukar ‘diketuk’ dan hilang bau nya. Perkara ini harus dititik berat supaya para petani tidak mengalami kerugian setelah lama mengerah keringat dan wang.
Sisa sampah seperti lebihan daun-daun serai dikumpulkan pada satu tempat dan dibakar untuk menghasilkan baja bakau untuk menjadikan tanah lebih subur mengurangkan kadar penyakit pada tanah. Benih-benih baru ditanam semula perlu disiram selama seminggu untuk memastikan tunas baru tumbuh yang menunjukkan ia boleh hidup dan disiram baja daun selepas itu.
Thursday, January 21, 2010
Musim panas yang panjang
Sementara itu serai dituai agak mengecut akibat cuaca kering yang melampau.Manakala serai pula mudah disiang jika cuaca kering.Jika cuaca hujan agak leceh sedikit kerana selepas menyiang kita perlu membersihkan dengan air sekali lagi.Selepas menuai serai-serai ini perlu ditanam semula.Ini pula merupakan satu halangan bagi mereka yang menanam serai kampung bagi memastikan serai sentiasa segar dan terus hidup.
Friday, November 27, 2009
Musim Menuai
Tibanya hari raya aidiladha merupakan hari pengorbanan bagi umat Islam semuanya kerana Allah SWT.Ianya merupakan hari perayaan bagi umat Islam yang utama dan selepasnya adalah hari raya aidilfitri.Hari raya aidiladha atau dikenali hari raya Qurban tidak juga meriah nya seperti hari raya aidilfitri.Maka tidak hairan lah jika persiapan dan kenduri,ziarah menziarahi,melawat pusara dan tidak juga penyediaan masakan serta juadah.
Oleh kerana itu permintaan bagi penggunaan serai dalam masakan serta-merta meningkat.Saya dan anggota keluarga lain mulalah bergotong-royong menuai serai untuk permintaan yang mendadak di kedai-kedai runcit dan warung masakan tomyam.Dalam keadaan yang penat dan cuaca terik walaupun di awal pagi,bagi ianya sungguh bermakna kerana dapat merasakan perngorbanan yang selama ini dilakukan tidak sia-sia.
Thursday, April 23, 2009
Musim Hujan

Setelah lama menunggu hujan yang sudah lama tidak turun,maka penghujung bulan Mac adalah musim hujan telah tiba menyebabkan tumbuh-tumbuhan menjadi segar dan membesar dengan cepat. Apabila serai ini ditabur dengan baja maka cepat ia serap ke dalam tanah apabila hujan turun dalam seminggu dua ini.
Itu lah khasiat yang dibawa oleh hujan yang boleh menyuburkan tanah. Ia juga ada membawa benih-benih pokok untuk menyuburkan tanah. Bila musim hujan sudah tiba terpaksalah semak yang tumbuh dibersihkan.
Saturday, February 28, 2009
Air Siraman Pun Main Peranan
Tanaman serai bukan lah semudah yang disangkakan jika ia tidak mendapat air. Serai juga memerlukan air seperti tanaman lain. Oleh itu ia perlu disiram lebih-lebih lagi waktu musim kemarau. Serai juga seperti tanaman lain tidak boleh kekurangan air. Jika tidak ia akan terbantut dan boleh menyebabkan mati. Walaupun serai disiram setiap hari ia belum menjanjikan ia boleh membesar dengan subur lebih-lebih lagi tanah berbukit dan berbatu. Alhamdulillah masuk penghujung bulan februari ni sudah mula tanda-tanda musim hujan sudah mula turun tetapi tidak tahu sampai bila.
Air yang digunakan untuk siraman pokok serai menggunakan air parit atau paip belum tentu ia boleh ia membesar dengan cepat tetapi dengan khasiat hujan serai menjadi segar dan tidak layu. Di sini kos air sudah dikurangkan berbanding musim kemarau. Kenalah bebanyak berdoa.
Thursday, February 5, 2009
Akibat Gangguan
Oleh kerana serai ini ditanam sekitar tempat ayam bermain maka risiko untuk serai ini hidup adalah tinggi. Ini kerana ayam akan mengais untuk mencari makanan terutama sekali anai-anai yang suka pada serai. Kadang- kadang ayam-ayam ini mengais di pangkal serai untuk mandi tanah. Oleh itu dinasihatkan kalau hendak menanam serai jauhilah dari reban dan tempat diberi makan.
Rajah di atas menunjukkan kesan akibat serai ini mati setelah dikais
Rajah di atas menunjukkan kesan selepas kawasan tersebut dikais walaupun serai itu telah dihadang dengan batu









