Friday, November 11, 2011

Tuaian Serai Kampung Pada Usia 11 Bulan


Sudah tiba masanya kembali serai kampung saya dituai pada bulan 11 ini.Mengikut kiraan kali terakhir serai kampung ini ditanam pada bulan satu yang lepas.Serai kampung yang ditanam ditanah gerewel ini menampakkan hasil yang membanggakan kerana ia kelihatan gemuk-gemuk yang menunjukkan ia betul-betul matang.Jika lambat sedikit boleh menyebabkan serai kampung ini akan tumbuh anak serai yang baru.Ini boleh mengakibatkan kualiti serai pada batang akan menjadi susut dan lembik.

Jika mengikut kiraan basic tuaian,serai kampung ini boleh dituai bila mencecah usia 6 bulan tetapi hasilnya batangnya masih kecil-kecil.Mungkin ia disebabkan serai kampung ini ditanam pada tanah gerewel.Tak pastilah pula bagaimana ia ditanam pada tanah gambut.Maka pada kiraan saya dalam tempoh 11 bulan adalah masa yang terbaik untuk melihat atau mendapat serai kampung yang mempunyai batang yang cantik.Bagi pelanggan saya seperti kedai makan ala-ala thai lebih berminat menggunakan serai kampung berbanding serai lain seperti serai buluh,jamil dan peha ayam kerana ia akan membuat makanan ala thai lebih merasa sedap dan wangi.Batang serai pula haruslah keras untuk membolehkan mudah pecah bila diketuk.

Oleh pada bulan sebelas ini pula ditambah lagi musim hujan memudahkan lagi tanam semula kerana tak perlu siram dan anak serai atau benih mudah hidup dengan cepat.