Friday, January 21, 2011

Musim Sejuk Kering

Masuk pertengahan bulan januari ini adalah masa yang mencabar bagi saya seorang petani serai apabila cuaca sekarang merupakan sejuk kering di mana hujan sudah tidak turun di kawasan saya ini hampir tiga minggu.Setiap hari benih pokok serai perlu disiram untuk memastikan serai sentiasa segar dan mampu terus hidup.Ini kerana musim sejuk kering menyebabkan tanah kering dengan cepat disebabkan panas terik dan tiupan angin yang kuat.

Jika hari ini menyiram air pada serai pasti pada keesokan harinya pasti tanah sudah kering.Inilah nasib pada setiap petani serai macam saya ini.Aktiviti penyiraman air pada benih atau induk serai hanya boleh dilakukan pada waktu pagi saja kerana waktu itu cuaca pada permulaan agak dingin sesuai untuk apa jua pokok-pokok yang ditanam.Jika disiram pada waktu petang mungkin akan mengundang risiko kerana tanah pada sebelumnya sudah panas dan bahang boleh menjejaskan pada pokok itu.

Oleh itu marilah kita memohon pada ilahi agar diturunkan hujan agar sejuk dan subur tanah di mukabumi ini.

Saturday, January 8, 2011

Tanam semula


Setelah lama menyepi kini muncul kembali cerita tentang serai ini walaupun cerita ia berulang tetapi mungkin ia bermakna untuk peminat setia serai kampong.Baru-baru ini serai telah mula ditanam semula kerana telah mencapai umur matang dan wajib dituai…

Tempoh yang sesuai untuk dituai adalah 6 bulan hingga 8 bulan.Jika serai tidak dituai apabila hampir tempoh matang daun ditengah-tengah mulai keperangan atau coklat menunjukan ia sudah tua,mula dijangkiti penyakit akhirnya batang serai akan menjadi lembik. Biasanya batang serai yang lembik tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana ia sukar ‘diketuk’ dan hilang bau nya. Perkara ini harus dititik berat supaya para petani tidak mengalami kerugian setelah lama mengerah keringat dan wang.

Sisa sampah seperti lebihan daun-daun serai dikumpulkan pada satu tempat dan dibakar untuk menghasilkan baja bakau untuk menjadikan tanah lebih subur mengurangkan kadar penyakit pada tanah. Benih-benih baru ditanam semula perlu disiram selama seminggu untuk memastikan tunas baru tumbuh yang menunjukkan ia boleh hidup dan disiram baja daun selepas itu.