Friday, January 23, 2009

Anak Serai perlu Di jaga.


Setelah serai ditanam selama satu bulan, ia perlu dibaja di keliling batang serai itu. Dua camca untuk sebatang. Baja ditaburkan di sekeliling batang serai selepas disiram dengan air. Ini dilakukan supaya baja yang ditabur tadi dapat serap ke tanah dan sukar hilang bila ditiup angin. Kerja-kerja ini dilakukan lebih baik lagi jika kita gemburkan tanah terlebih dahulu. Pastikan tanah digemburkan dengan cangkul mata tiga secara berhati-hati untuk mengelakkan serai yang baru ditanam tercabut.


Thursday, January 22, 2009

Berdikari Anak Serai?


Pada peringkat awal anak-anak serai perlulah dijaga dengan teliti. Memang ramai yang mengatakan tanam serai ini mudah ditanam dan dijaga tidak perlu siram banyak air tapi bagi saya tumbuhan tetap tumbuhan juga. Ia sama juga dengan tanaman yang lain.Ada yang mengatakan selepas tanam anak serai perlulah disiram dalam tempoh seminggu sahaja dan selepas itu ia boleh berdikari sendiri. Memandangkan sekarang adalah musim kemarau (dah lama tak hujan) setiap hari serai-serai ini perlu disiram agar sihat dan segar. Dengan keadaan cuaca ini dan kawasan berbukit serai-serai pada saya ini hampir sebulan disiram dengan air.




Anak-anak serai ini perlu disiram pada sebelah awal pagi (matahari cepat terbit sekarang) dan sebelah petang pula tidak(sebab tanah pada ketika itu panas dan maghrib cepat). Air disiram sehingga bertakung pada pangkal serai untuk memastikan air tersebut dapat meresap hingga ke akar. Jika siram dengan sedikit air tidak akan sampai akar hanya sekadar permukaan tanah saja. Kalau tidak percaya gali lubang sedikit pasti bawah tanah tersebut kering. Sia-sia saja siram,tiup dek angin kuat habis semua kering.

Merumput perlu juga dilakukan untuk memastikan tapak tanaman kelihatan bersih pada peringkat awal ini. Ia dilakukan untuk memastikan serai dapat membesar dengan cepat. Rumput-rampai yang menjalar boleh mematikan anak serai. Lama kelamaan bila serai membesar merumput tidak perlu dilakukan lagi kerana rumput rampai tidak boleh tumbuh. Tanah di bawah ditutup oleh daun serai.






Wednesday, January 21, 2009

Tanam Serai


Pemilihan benih adalah penting kerana pada penglihatan saya, semua benih boleh digunakan tetapi serai yang gemuk(induk) adalah sesuai kerana ia subur mudah untuk tumbuh pucuk berbanding batang yang halus mengambil masa lama untuk tumbuh tunas. Semasa memilih serai untuk dijadikan benih, rumpun serai yang mempunyai batang yang besar. Lingkungan 6 bulan- 10 bulan ketika itu rumpun tersebut tidak mencambah benih yang baru. Daun rumpun tersebut mula kelihatan warna coklat.



Semasa memilih induk serai pastikan ia dilakukan secara berhati-hati kerana batang serai yang akan ditanam perlukan akar sedikit bagi percepatkan serai tersebut tumbuh tunas baru. Jika kerja mengasingkan batang secara paksa dan kasar akan menyebabkan akar tidak akan lekat. Gali lubang tanah 2 kaki x 2 kaki sedalam 1.5 kaki. Campurkan tanah hitam dan baja sedikit dalam lubang untuk memastikan serai subur kelak jika tanah berbukit. Selepas tanah anak benih ini perlu di siram selepas ditanam. Pastikan ia disiram pada awal pagi (selepas subuh) dan lewat petang.

Tuesday, January 20, 2009

PERMULAAN PENANAMAN SERAI


Pemilihan tanah untuk menanam serai tidak lah begitu cerewet. Ia boleh ditanam di mana-mana sahaja melainkan tempat yang mengalirkan air kerana serai ini tidak perlu terdedah dan air yang terlalu banyak.

Bagi di tempat saya di kawasan berbukit (tanah gerewel)adalah satu tempat yang mencabar kerana tanah ia bercampur dengan batu-batu kasar. Ia memerlukan jentera untuk meratakan tanah yang hendak digunakan. Jcb digunakan untuk melakukan kerja tersebut. Jikalau hendak menggunakan kudrat manusia, diberi masa sebulan belum tentu boleh meratakan tanah berbukit itu.

Malah apek jcb pun mengeluh kerana sesetengah tempat keras macam besi. Jentera tersebut pun boleh terangkat bila mengali tanah. Harga sewa ia pun berpatutan kira-kira RM 350 sehari. Itu pun belum tentu siap untuk kerja sehari. Terpaksa sewa jcb selama dua hari. Apabila hendak menanam anak benih jangan lupa gunakan cangkul mata tiga kerana tanah berbukit sangat keras berbanding tanah hitam berpaya.

Ia sedikit sebanyak dapat membantu meringan kan kerja-kerja menggali. Silap hari pun mata tiga yang kita gunakan ini boleh bengkok dan patah… bagi penanaman serai yang kita ketahui memang lah tahan lasak tapi yang paling afdal campuran tanah dan baja perlu dilakukan pada lubang tersebut kerana tanah berbukit tidak lah terlalu subur berbanding tanah hitam paya.